Program Moreh Santai Lima Generasi Pemuda UMNO Bahagian Pekan

PEKAN, 2 Mac – Program moreh santai Lima Generasi Pemuda UMNO Bahagian Pekan bukan sahaja menjadi medan santai sempena Ramadan, malah turut dimanfaatkan sebagai platform perbincangan strategik dalam usaha memperkasakan parti di peringkat bahagian. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Dato’ Ahmad Rahimi Abdul Samad yang pernah menjadi ketua pemudaUMNO Bahagian Pekan sesi 2005-2009 berkata, pertemuan selepas solat tarawih itu menyatukan Ketua Pemuda Bahagian semasa, saudara Fakhrul berserta ahli jawatankuasa beliau bersama empat generasi pemuda terdahulu berserta akar umbi dalam suasana penuh ukhuwah dan keterbukaan.

