Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan

KOTA TINGGI 2 Mac — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpeluang berbuka puasa bersama masyarakat setempat dalam suasana sederhana tetapi penuh makna di Surau Taman Pasak Indah, Kota Tinggi malam tadi. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama DUN Johor Lama di bawah YB Norlizah binti Noh, ADUN Johor Lama, yang turut melibatkan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 15 keluarga sebagai tanda ingatan kepada mereka yang memerlukan.


