Kunjungan Hormat Daripada Duta Besar Hungary ke Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Feb–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Hungary ke Malaysia Tuan Yang Terutama Dr. Sándor Sipos bersama delegasi beliau. Sebagai sebuah negara anggota European Union, Hungary memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan Malaysia dengan pasaran Eropah.

