Ziarah Kasih Di Bulan Ramadan

GERIK 22 Feb–Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menziarahi penduduk yang uzur dan ditimpa musibah serta meninjau keadaan rumah yang perlu dibaiki di Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Turut berkesempatan berkongsi rezeki dalam singgah sahur bersama anggota polis, bomba dan kakitangan Hospital Gerik yang tetap setia bertugas ketika kebanyakan kita masih lena.

