Tadarrus dan Khatam Al-Quran anjuran Persatuan Warga Emas Putrajaya 2026

PUTRAJAYA, 21 Feb – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya menghadiri program Tadarrus dan Khatam Al-Quran anjuran Persatuan Warga Emas Putrajaya (PERWEP) 2026 yang berlangsung di Surau Al Ghazali Fasa 4B Presint 8, hari ini. Beliau berharap agar program-program keagamaan dan kebajikan yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan dapat diteruskan sehingga ke penghujung bulan yang mulia ini.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO