Kunjungan Hormat Duta Besar Itali Ke Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Feb– Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Itali ke Malaysia, TYT Raffaele Langella bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Itali dan Malaysia. Pertemuan ini membuka ruang untuk kami menyelaras keutamaan strategik kedua-dua negara dalam landskap ekonomi global yang semakin mencabar.

