Kunjungan Hormat Timbalan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif

MESIR 18 Feb–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama barisan kepimpinan negeri Melaka turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Prof. Dr. Muhammad al-Duwaini, Timbalan Sheikh Al-Azhar al-Sharif di sini hari ini.
Delegasi Kerajaan Negeri Melaka turut dihadiri oleh YB Datuk Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YB Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri; serta Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO