Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026

LIPIS 17 Feb–Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 di SJKC Jerkoh, Benta hari ini.
Majlis menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum dengan kehadiran kepimpinan negeri dan daerah, jelas mencerminkan komitmen kita untuk terus memelihara keharmonian serta memperkukuh hubungan antara rakyat.

