Program Rehlah Islahiyah

PERAK, 15 Feb — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam Program Rehlah Islahiyah selama tiga hari di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. Program tersebut berakhir hari ini dengan penuh penghayatan dan pengisian yang sangat bermakna buat seluruh jemaah. Turut bersama dalam program tersebut 60 peserta konvoi bermotosikal.

