Masjid Kariah Kampung Bemban Kini Dikenali Masjid Al-Abrar

NEGERI SEMBILAN, 14 Feb – Ahli Parlimen Rembau merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Haji Mohamad Hasan menghadiri majlis penamaan semula Masjid Kariah Kampung Bemban kepada Masjid Al-Abrar, Rantau, hari ini. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau sekitar DUN Rantau dan DUN Paroi sebagai persediaan menjelang bulan ramadan.


