Kunjungan Majlis Belia Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR 9 Feb–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Sembilan yang diketuai oleh Saudara Mohd Fairos bin Rusli selaku Presiden.
Dalam pertemuan ini, dibincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan belia, usaha memperkasa kepimpinan anak muda serta peranan generasi muda dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
