Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN

CEBU CITY 29 Jan–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan semasa hadir sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat) yang dipengerusikan oleh PYT Ma. Theresa P. Lazaro, Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina.
Sesi Pemukiman ini memberi ruang kepada Malaysia dan Negara Anggota ASEAN lain untuk memperkukuh usaha bersama ke arah pembinaan Komuniti ASEAN yang terangkum, mampan dan berdaya tahan, khususnya dalam mendepani perubahan dan ketidaktentuan landskap geopolitik dan geoekonomi semasa.

