Penyampaian Cek Cura Penajaan Program Assistant Pilot ECRL Kepada Pahang Skills

KUANTAN 28 Jan–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjung hormat daripada Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad Datuk Adissadikin Ali, bersama pegawai dan Pengerusi Majlis Pengurusan Pahang Skills Datuk Mas’ut bin Awang Samah bersama pegawai di pejabat di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS hari ini.
Dalam pertemuan ini, RHB Islamic Bank Berhad telah menyerahkan Cek Cura Penajaan Program Assistant Pilot ECRL kepada Pahang Skills berjumlah RM 265,500 sebagai sokongan terhadap usaha melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dan bersedia menyokong keperluan industri strategik negara dan negeri.

