Lawatan Kerja Ke Kem Terendak

MELAKA 26 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Kem Terendak dimulakan dengan taklimat di Markas 3 Divisyen oleh Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima 3 Divisyen, yang merangkumi aspek tadbir urus, gerakan operasi, latihan, logistik dan kesiapsiagaan keseluruhan pasukan di sini hari ini.
Lawatan ini dimanfaatkan untuk menilai secara langsung tahap kesiapsiagaan dan pengoperasian pasukan, kemajuan pelaksanaan projek-projek dalam kem, serta melihat secara dekat aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota tentera serta keluarga mereka.

