PRK: Pengundi Luar Bakal Pulang Ke Mahkota Dinasihat Berhati-hati Di Jalan Raya – Noraini

KLUANG, 26 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini berharap pengundi luar yang bakal pulang ke Mahkota sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk berhati-hati di jalan raya terutama bagi mereka yang memandu kenderaan sendiri.

Menurut beliau, ini kerana kepulangan mereka pada kali ini memberikan makna tersendiri kepada masa hadapan Mahkota yang lebih baik.

“Pengundi luar yang dalam perjalanan untuk balik memberikan undi saya harap hati-hati jalan raya sekarang ni musim hujan, lepas tu kadang-kadang ribut.

“Sudah semestinya kita mengharapkan agar pengundi-pengundi di memberi kepercayaan kepada calon BN,” katanya.

Noraini yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika ditemui UMNO Online pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kumpulan Sasar JKM di Dewan Serbaguna Pusat Latihan JAKOA, Kluang, semalam.

Untuk rekod BN pada PRK ini mempetaruhkan Syed Hussien Syed Abdullah, 40, yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kluang yang juga Ahli Majlis Perbandaran Kluang Zon Seri Impian menjadi taruhan BN pada PRK DUN Mahkota.

Beliau aktif dalam pelbagai kegiatan belia serta kesukarelawanan menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta mampu bertutur dalam bahasa Mandarin.

Syed Hussien berdepan saingan dua penjuru dengan calon Perikatan Nasional, bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut selepas mantan ADUN Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang meninggal dunia pada Ogos lalu.

Mengulas lanjut berkenaan program berkenaan, Noraini berkata ia bagi memberi pendedahan berkenaan perkhidmatan yang diberi oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Katanya ini termasuk dalam membantu golongan sasar meningkatkan ekonomi menerusi geran-geran disedia JKM.

“Sebab ada setengah pihak mungkin dia kurang mengetahui sebab itu kita nak memberi kesedaran bahawa ada program dia yang kita laksanakan.

“Kerana di bawah JKM ada membantu meningkatkan ekonomi terutamanya dalam kalangan penerima-penerima bantuan.

“Geran asas itu diberikan kepada mereka dengan harapan dia dapat membantu mengembangkan perniagaan mereka dan kemudian tidak lagi berharap hanya kepada bantuan sahaja,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.