Pelbagai Medium Kukuhkan Hubungan Diplomatik Malaysia-China

KUALA LUMPUR, 20 Sept – 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China diperkukuh menerusi pelbagai medium dalam usaha merapatkan lagi hubungan yang dirintis sebelum ini.

Hari ini delegasi Barisan Nasional (BN) berkunjung ke negara berkenaan dengan pelbagai program yang diatur oleh pihak yang berkaitan khususnya Parti Komunis China (CPC).

Ketua Delegasi berkenaan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata program berkenaan adalah sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terbabit.

“Ini merupakan program sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China dan kebetulan pemimpin negara kita semakin agresif mengadakan kolaborasi dengan negara tersebut.

“Kita harap program seumpama ini memberi makna dan kita akan manfaatkan segala program yang diatur serta yang disediakan dan mudah-mudahan akan memberi imput kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum delegasi berkenaan bertolak ke negara China di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), di sini, malam tadi.

Turut serta Second Secretary Kedutaan China di Malaysia, Zuo Hongsheng.

Antara yang mengikuti rombongan tersebut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam; Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selain wakil parti komponen BN termasuk rakan-rakan BN yang lain. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.