Jelajah Penerangan UMNO Kongsi Maklumat Kepada Jentera Parti

TANJONG KARANG, 8 Jun – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang dicetuskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said diteruskan lagi pada hari ini dan Tanjong Karang menjadi destinasi pilihan.

Bertempat di Dewan Mini, Bangunan UMNO Tanjong Karang, Jelajah Penerangan UMNO itu dihadiri lebih 250 ahli akar umbi dan pimpinan parti yang masih setia menjunjung perjuangan parti.

Program yang bermula pukul 2.00 petang dimulakan dengan doa serta nyanyian anggota parti lagu Negaraku dan lagu UMNO, Bersatu Bersetia Berkhidmat.

Menerusi program terbabit, penerangan berkaitan isu-isu semasa diangkat untuk manfaat ahli-ahli akar umbi agar dapat menyampaikan maklumat yang tepat dan holistik kepada golongan sasar di kawasan setempat.

Selain itu, ia juga menjadi perisai bagi semua ahli dan pendukung parti untuk menangkis pelbagai dakwaan negatif, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pihak lawan.

Program bermula dengan ucapan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak, Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zin dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said mengambil bahagian dalam menyampaikan pelbagai pengisian yang mampu menambah pengetahuan isu semasa akar umbi.

Diharapkan segala pengisian yang telah disediakan oleh Penerangan UMNO Malaysia ini dapat memberikan ilham kepada para pemimpin, ahli dan akar umbi parti untuk terus bekerja dengan lebih kuat bagi menempuhi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang akan datang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.