Kebijaksanaan Pemimpin UMNO Bersama Kerajaan Perpaduan Pastikan Parti Kekal Relevan

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Naib Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Abdul Samad Dawood berpandangan pelbagai usaha dan kaedah perlu digembleng secara menyeluruh dalam mendepani arus politik masa kini untuk mengembalikan UMNO ke puncak.

Katanya, meskipun keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berpihak kepada UMNO, namun keputusan luar jangka oleh kepimpinan UMNO membawa manifestasinya tersendiri kepada parti keramat ini.

“Kita cuba bangkit pada PRU15, namun rezeki masih belum memilih hak daripada kita. Namun begitu, atas kebijaksanaan kepimpinan UMNO, walaupun kita hanya mempunyai 26 kerusi UMNO dan ditambah dengan empat kerusi komponen Bahasa Nasional (BN) kita menjadi sebahagian daripada kerajaan Madani kini.

“Apa juga perkara yang berlaku itu merupakan caturan politik bijaksanaan kepimpinan UMNO untuk memastikan langkah jasa panjang untuk mengembalikan UMNO ke puncak semula.

“Dalam merangka strategi untuk kembali ke puncak, bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai setelah kita tewas. Namun begitu, kita harus meyakini bahawa pucuk pimpinan parti pasti ada strategi dan kaedah yang akan mengembalikan semula UMNO di persatuan politik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang diadakan di UMNO Bahagian Sabak Bernam, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kepimpinan bahagian.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan bahawa UMNO bahagian Sabak Bernam
pada ketika ini berterusan turun padang menyantuni rakyat.

Menurut beliau ia merupakan sebahagian daripada gerak kerja dalam mendapatkan sokongan rakyat bagi memastikan parti keramat ini sentiasa relevan.

“Bagi kita di peringkat UMNO bahagian Sabak Bernam menjayakan apa juga perancangan UMNO Pusat dan Perhubungan Negeri untuk memastikan kita kembali menjadi penyumbang kursi kepada BN.

“Kita memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan untuk merealisasikan hasrat tersebut,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.