Jelajah Penerangan UMNO Ke Sabak Bernam, Tumpu Pencerahan Isu Semasa

SABAK BERNAM, 26 Mei – Penerangan UMNO Malaysia yang diketuai Datuk Seri Azalina Othman Said meneruskan Jelajah Penerangan UMNO Malaysia ke seluruh negara.

Hari ini program tersebut meneruskan siri kembaranya ke UMNO bahagian Sabak Bernam dalam memberikan penjelasan kepada akar umbi berkenaan isu-isu semasa politik dan hala tuju parti.

Bertempat di Dewan UMNO Bahagian Sabak Bernam, ia merupakan destinasi kelima selepas diadakan di Jerantut, Tapah, Tampin, Putrajaya.

Program bermula dengan ucapan oleh Setiausaha Penerangan UMNO, Datuk Suraya Yaacob bagi memberi penjelasan berkenaan gerak kerja Penerangan UMNO Malaysia.

Kemudian ia diteruskan dengan ucapan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Abdul Samad Dawood sebelum Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengambil bahagian dalam menyampaikan pelbagai pengisian yang mampu menambah pengetahuan isu semasa akar umbi.

Tinjauan UMNO Online mendapati rata-rata peserta yang ditemui meluahkan keterujaan mereka dengan pencerahan daripada program jelajah ini.

Untuk rekod, pada 14 Mei lalu Majlis Pelancaran Jelajah Penerangan UMNO telah disempurnakan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan turut dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan juga kepimpinan bahagian-bahagian yang terbabit.

Azalina dalam ucapannya semasa majlis terbabit memaklumkan bahawa Penerangan UMNO Malaysia akan terus melipatgandakan lagi usaha dalam memperkasakan jenteranya di setiap peringkat bagi memastikan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mengukuh. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.