Pemuda Dan Puteri Perkukuh Komunikasi Jayakan Siri Kursus Penerangan UMNO

ALOR GAJAH, 10 Mac – Jentera penerangan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara memperkukuh komunikasi dalam hasrat terus proaktif demi perjuangan agama, bangsa dan negara.

Hal tersebut direalitikan menerusi kurus selama tiga hari berakhir semalam, telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 160 orang anggota UMNO terdiri daripada jentera penerangan akar umbi Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.

Kursus yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia hasil idea ketuanya, Datuk Seri Azalina Othman Said dilaksana bagi meneruskan siri gerak kerja aktif dalam peringkat secara berasingan.

Kursus terbabit dibuka dengan perasmian bersama melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi di samping kehadiran Exconya serta barisan Ketua-ketua Penerangan Pemuda dan Puteri dari seluruh negara.

Dalam ucapannya Dr Muhamad Akmal menegaskan perjuangan UMNO bukannya mudah dan bukan bersifat untuk kepentingan peribadi, kerana keutamaan adalah untuk memastikan kesejahteraan masyarakat.

Sementara Nurul Amal pula dalam ucapannya menasihati golongan muda dalam parti agar melakukan satu pendekatan yang dapat memberi manfaat kepada UMNO.

Katanya, perancangan yang dilakukan harus menjiwai citarasa generasi muda dan mampu memberi penambahbaikan kepada UMNO.Peserta kursus tersebut juga didedahkan dengan aktiviti luar dan lasak yang memberikan percambahan minda kepada mereka untuk bersifat lebih inovatif dalam melaksanakan gerak kerja kelak.

Para peserta juga disajikan dengan Program #HitamPutihKelabu yang menampilkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, UiTM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin dan Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi.

Mengakhiri kursus terbabit ialah majlis penutup yang disempurnakan oleh ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yassin. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.