Kesungguhan Akar Umbi Membanggakan… Sama-Sama Teruskan Perjuangan Parti – SUA

KUALA LUMPUR. 10 Mac – Komitmen dan kesungguhan akar umbi UMNO untuk mendengar dengan lebih dekat penjelasan pelbagai perkara daripada pimpinan parti membuktikan parti itu  terus mengorak langkah ke depan.

Menerusi perkongsian di media sosial Facebooknya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa syukur dan gembira melihat perkembangan berkenaan di Beruas hari ini.

Menerusi Jelajah Sesi Pencerahan Akar Umbi ke UMNO Bahagian Beruas, tentunya pelbagai input dapat dikongsi bersama dengan lebih dekat dan lebih jelas oleh Setiausaha Agung parti.

“Daripada Pulau Pinang semalam, hari ini meneruskan Jelajah Sesi Pencerahan Akar Umbi ke UMNO Bahagian Beruas bertempat di Dewan Inderawati, Beruas.

“Teruja dan gembira melihat kehadiran yang begitu ramai daripada ahli akar umbi UMNO di sini yang masih setia dengan perjuangan parti keramat melayu UMNO ini,” katanya.

Kata beliau lagi menerusi paltform sedemikian rupa tentunya pencerahan dapat dilakukan sebaik mungkin termasuklah situasi oolitik semasa.

“Alhamdulillah…dapat memberi pencerahan dan berkongsi maklumat-maklumat berkenaan situasi politik semasa serta menjawab persoalan yang diutarakan oleh ahli-ahli akar umbi.

“Terima kasih Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Beruas dan kepimpinan atas jemputan.  InsyaAllah kita akan teruskan perjuangan ini bersama demi agama, bangsa dan negara,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.