Kursus Pengukuhan Komunikasi Berjalan Lancar, Semangat Jitu Perkasa Penerangan Wanita

REMBAU, 8 Mac – Kursus Pengukuhan Komunikasi yang dilaksana sejak dua hari lalu berjalan lancar dengan semangat jitu ditunjukkan dalam kalangan Ketua Penerangan Wanita UMNO bahagian-bahagian.

Dilaksanakan di sini, ia ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pelbagai diskusi dilakukan bagi memperkasa gerak kerja Penerangan Wanita UMNO seluruh Malaysia sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Pelbagai aktiviti pemantapan dilakukan antaranya melibatkan siri-siri perkongsian daripada Penasihat SLR Institute, Datuk Budiman Mohd Zohdi serta Teh Tarik Session Merungkai Polemik Mahkamah Syariah oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis perasmian dilakukan pada hari pertama oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang hadir bagi memberi pembakar semangat kepada para peserta.

Beliau dalam ucapannya meluahkan keterujaan melihat sambutan daripada peserta dan melihat Wanita UMNO sebagai simbolik kesetiaan, terutama dalam menjalankan gerak kerja kepada parti.

Kehadiran Noraini yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat turut sama dimanfaatkan bagi menyambut Hari Wanita Sedunia yang dirai pada 8 Mac setiap tahun.

Mengakhiri kursus ini forum #HitamPutihKelabu: Pengaruh Wanita Membentuk Imej Positif Politik yang menampilkan panel Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; bekas personaliti televisyen, Suryani Megat Deraman dan bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Datuk Wan Nurzila Abd Rahman. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.