Pembangunan Model Insan Antara Tumpuan UMNO, Komitmen Terhadap Pendidikan Anak-anak – Jeffrey

PUTATAN, 4 Mac – Pembangunan modal insan termasuk soal pendidikan untuk masyarakat merupakan antara perkara yang menjadi tumpuan UMNO termasuklah di Bahagian Putatan.

Ketuanya, Jeffery Nor Mohamed berkata, UMNO sentiasa menyokong aktiviti yang dijalankan termasuklah yang melibatkan sekolah kerana ia adalah komitmen dan tanggungjawab bersama dalam membangunkan pendidikan anak-anak.

Katanya, melalui penglibatan tersebut keperluan tambahan dan bantuan yang diperlukan oleh sekolah khususnya ibu bapa pelajar dapat didengar dan diambil tindakan sewajarnya,

“UMNO akan usahakan apa juga bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada pihak sekolah dan ibu bapa khususnya golongan B40 untuk menjana kemajuan serta kecemerlangan pendidikan di setiap kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Back To School’ yang melibatkan bantuan awal persekolahan di Sekolah Agama Rakyat As-Salam Kampung Contoh, dekat sini kelmarin.

Menurut Jeffery Nor yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat GiatMARA Parlimen Putatan, program tersebut merupakan program tahunan UMNO Bahagian Putatan yang bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa khususnya golongan B40 dalam menyediakan keperluan pendidikan untuk anak-anak mereka.

“Matlamat kita adalah membantu pelajar-pelajar yang sangat memerlukan bantuan di kawasan ini merangkumi dua DUN iaitu Tanjung Keramat dan Tanjung Aru. Walaupun bantuan ala kadar namun kita berharap ianya akan dapat meringankan beban ibu bapa pelajar yang terlibat, apa lagi dalam keadaan ekonomi yang amat mencabar ketika ini,” katanya.

Jeffrey yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah menambah, menjadi Hasrat beliau untuk melihat pembangunan pendidikan di kawasan tersebut akan terus cemerlang iaitu satu rumah satu golongan berpendidikan dan di DUN pula dengan pembangunan insan maka akan lahirlah generasi yang makmur.

Seramai 180 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari Parlimen Putatan mendapat manfaat daripada program ‘Back To School’ ini. – UMNO Online

Oleh: Jaafar Abd Wahid

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.