Berkenan Menyaksikan Serahan Zakat

KUANTAN, 23 Okt — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyaksikan serahan zakat daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang bernilai RM4 juta yang diwakili Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob (kanan) kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada Majlis Serahan Zakat Badan Korporat MUIP hari ini.
Turut berangkat Timbalan Yang Dipertua MUIP Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah (kiri) diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua, kanan).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.