Menerima Peruntukan Kerajaan Persekutuan

KUALA LUMPUR 29 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili Kerajaan Negeri Pahang menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi bayaran Elaun Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru KAFA Negeri Pahang 2023 dengan jumlah keseluruhan RM64,746,044.40.
Peruntukan ini diserahkan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini hari ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.