Teruskan Gerak Kerja Penuhi Baki Kempen, Pastikan Tekad Menangkan Calon BN-PH – Sharif Musa

KLANG, 8 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menggesa semua pihak untuk terus menggerakkan jentera bagi memenuhi baki kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah memasuki minggu kedua kempen dan berbaki empat hari lagi.

Katanya, dalam saat-saat akhir pelbagai perkara boleh berlaku dan gerakan untuk meraih undi dari rakyat tempatan terus diaktifkan agar tidak ada yang ketinggalan.

“Alhamdulillah, UMNO Bahagian Lahad Datu telah gerakkan ‘walkabout’ ke bangunan Blok A, B, C Amazing Heights dan kedai-kedai sekitar Sungai Udang Selatan DUN Selat Klang, turun ke kawasan-kawasan perumahan, pasar malam dan menyampaikan risalah calon Datuk Roslee Abd Hamid dengan meminta orang ramai mengundi calon Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga memohon kepada pengundi awal yang melaksanakan tanggungjawab hari ini untuk memilih calon-calon BN-PH.

“Kerajaan Perpaduan merupakan satu kerajaan yang menggabungkan wakil dari pelbagai politik menuntut parti dan semua pemimpin untuk mengenepikan kepentingan politik dan parti masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara.

“Ia ditubuhkan atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mohon sekali lagi kepada pengundi-pengundi awal jangan lupa undilah calon-calon yang bakal menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Selangor.”

Untuk gerak kerja, Sharif Musa dan kumpulannya turut mengadakan kunjungan ke PDM-PDM bagi bertemu dengan ketua-ketua Cawangan UMNO di samping memastikan gerak kerja dapat terus dilipatgandakan dari semasa ke semasa.

“Saya telah bertemu dengan ketua-ketua Cawangan bagi menjelaskan peranan masing-masing dan terus memberikan semangat kepada semua hadirin bagi kempen memenangkan calon.

“Kita mahu terus fokus kepada usaha memastikan sokongan rakyat dan pengundi bertumpu kepada Datuk Roslee dan tidak akan terpengaruh dengan pelbagai isu atau apa-apa sahaja dakwaan yang dilontarkan oleh pihak lawan,” katanya lagi.

Di DUN Selat Klang, Roslee yang juga Ketua UMNO Bahagian Kapar adalah calon muka baharu yang diturunkan oleh gabungan PH-BN dalam misi merampas DUN terbabit dari penyandangnya Datuk Abdul Rashid Asari.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos ini.

Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.