Jangan Dengar Fitnah, Isu Tidak Munasabah… Ahmad Zahid Yakin BN-PH Bentuk Kerajaan Perpaduan Selangor

KUALA SELANGOR, 6 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati para pendukung parti agar tidak mendengar pelbagai fitnah atau isu-isu yang tidak munasabah menjelangnya pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), jumlah kerusi yang bakal dimenangi adalah terserah kepada mandat rakyat.

IJOK, 6 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Ijok Amidi Abdul Manan menyantuni peniaga pasar petang ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor di Pekan Ijok hari ini.

“Kita serahkan mandat kepada rakyat. Pendukung-pendukung jangan dengar fitnah ataupun beberapa isu yang tidak munasabah kerana yang penting adalah kestabilan di Negeri Selangor ini akan dapat terus dipacu sebagai sebuah negeri perindustrian berteknologi tinggi dan insya-Allah dapat menggamit peluang pekerjaan bukan hanya kepada rakyat di sini tetapi juga negeri-negeri berdekatan.

“Saya menjangkakan bukan sekadar mempertahan kerusi yang ada tetapi dengan bantuan calon-calon daripada BN dijangka akan melebihi daripada kerajaan yang ada sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan ‘walkabout’ di pasar petang bersama calon PH di DUN Ijok, Amidi Abdul Manan.
IJOK, 6 Ogos -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Ijok Amidi Abdul Manan menyantuni peniaga pasar petang ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor di Pekan Ijok hari ini.
Berkaitan keyakinan untuk kerusi DUN terbabit, beliau yakin akan menang.
“Jangan ‘over confident’ dan saya yakin Ijok akan kembali kepada PH untuk perkukuhkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Selangor dan calon BN juga akan menyumbang untuk kemenangan ini,” katanya lagi.

Bagi DUN Ijok, saingan tiga penjuru melibatkan calon PH, Amidi ditentang Jefri Mejan (PN) dan Tan Cat Keong (Bebas). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.