Ustaz Naim Tekad Bawa Penaga Ke Hadapan, Bina Infra Dan Pembangunan Baharu

 

PENAGA, 5 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga, Ustaz Mohd Naim Salleh bertekad untuk membawa infra dan pembangunan baharu ke kawasan tersebut yang sudah ketinggalan hampir 15 tahun.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Kepala Batas turut melahirkan rasa syukur kerana telah diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Syukur saya dapat kepercayaan daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga parti bagi membolehkan saya bertanding di kerusi DUN Penaga.

“DUN Penaga ini merupakan satu kawasan yang mempunyai ramai penduduk Melayu iaitu sebanyak 93 peratus.

“Saya merasakan kawasan ini memerlukan infra dan pembangunan baharu untuk keseluruhan rakyat yang telah ketinggalan hampir 15 tahun sejak kita jadi pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,” katanya kepada UMNO Online.

Jelasnya, mood PRN dengan PRU yang lepas agak berbeza dan kebanyakan rakyat telah bersatu padu dalam memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Saya rasa mood PRN dengan PRU yang lepas sedikit berbeza dan alhamdulillah banyak yang dah kembali ke pangkuan Kerajaan Perpaduan dan saya yakin Barisan Nasional ada harapan untuk menang,” ujarnya.

Dengan membawa slogan ‘Keluarga Penaga’, beliau turut berharap agar para pengundi di DUN Penaga dapat memberikan peluang dan kepercayaan kepada beliau demi membela nasib rakyat di kawasan tersebut.

“Saya harap pengundi di DUN Penaga khususnya dapat membuat perubahan kali ini demi memastikan nasib rakyat terus terbela untuk bersama-sama kerajaan negeri dan juga pusat,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Jom ikuti media sosial calon Barisan Nasional bagi DUN Penaga ini:
Facebook: Mohd Naim Haji Salleh
Instagram: na3msalleh
TikTok: naimsalleh

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.