UMNO Perlukan Barisan Kepimpinan Setia, Wanita Ketereh Kekal Utuh – Noraini

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata Wanita UMNO Ketereh kekal utuh dan menerima hasrat Ketua Wanita UMNO Bahagian Ketereh Sabariah Hamzah dan beberapa Ahli Jawatankuasanya yang membuat keputusan keluar parti.

Katanya, walaupun keputusan yang dibuat oleh segelintir ahli ini amat mendukacitakan, tetapi tindakan mereka keluar dari parti tidak akan melumpuhkan UMNO Bahagian Ketereh seperti yang didakwa.

Beliau berkata demikian berikutan pengumuman itu dan menjelaskan bahawa jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ketereh dipangku oleh Naib Ketua Wanita bahagian Marzuani Ardilla Ariffin.

“Bagi pihak Wanita UMNO Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberi khidmat selama ini. Pemimpin datang dan pergi tetapi UMNO akan tetap teguh dan berdiri.

“UMNO memerlukan ahli dan barisan kepimpinan yang setia untuk berjuang demi parti dan negara ini,” katanya. – UMNO Online

KM – Wanita Ketereh

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.