Wan Zulaikha Yakin Penerimaan Rakyat, Isu Pemparitan dan Infrastruktur Fokus Utama

SEMENYIH, 4 Ogos – Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Wan Zulaikha Anua yakin penerimaan rakyat yang akan memberikan sokongan kepada beliau pada 12 Ogos nanti.

Beliau mengaplikasi fokus perjuangan berkaitan isu-su rakyat sebagaimana infrastruktur tempatan, sistem pemparitan dan pelbagai kemudahan awam di kawasan Semenyih.

“Saya bawa kepada infrastruktur, isu pemparitan yang menyebabkan banjir walaupun hujan hanya sekejap, saya sendiri dah lalui waktu melakukan ziarah.

“Saya dapat lihat anak-anak remaja beriadah tanpa padang bola sebenar maka saya akan cuba usahakan dan juga untuk ibu-ibu tunggal, OKU selain sekolah-sekolah yang padat,” katanya kepada UMNO Online.

Jelas Wan Zulaika, selaku calon wanita tunggal BN di DUN Selangor, beliau mengakui rasa gementar namun teruja untuk melaksanakan amanah yang diberi.

“Saya satu-satunya wanita dalam DUN Selangor… teruja dan anggap sebagai cabaran… dan berharap mendapat sokongan semua pihak bukan hanya dari kaum wanita tetapi juga lelaki,” katanya.

Wan Zulaika memaklumkan sepanjang tempoh kempen PRN ini, beliau telah turun padang dan berjumpa dengan seramai yang boleh pengundi-pengundi tempatan.

“Saya bersyukur kerana diterima dengan baik. Sambutan alhamdulillah mereka menerima dan saya telah jumpa seramai yang boleh pengundi dan akan teruskan kempen untuk berjumpa rakyat,” katanya lagi.

Sebelum ini, DUN Semenyih disandang oleh Zakaria Hanafi dari BN setelah menang kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Mac 2019.

Pada PRN ini, Wan Zulaika berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Nushi Mahfodz.

PRN di Selangor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, dengan pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.