Sabri Mahu Teruskan Agenda Tergendala Di DUN Langkap

LANGKAP, 3 Ogos – Calon Barisan Nasiona (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor berharap pengundi yang akan membuang undi pada Pilihan Raya negeri (PRN) 12 Ogos nanti dapat memberikan kepercayaan kepada beliau sekali lagi dalam usaha meneruskan segala perancangan yang telah disusun.

Menurut beliau antaranya mahu meningkatkan lagi peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat di kawasan berkenaan termasuklah golongan muda sebagai usahawan dan pelbagai bidang yang lain.

“Saya dah banyak buat di DUN Langkap ini dan untuk kali ini pula pertama saya mahu buat penyusunan semula ruang niaga di Pekan Sungai Tong dan insya-Allah… saya dah susun sebelum ini dengan pelbagai kemudahan asas dalam usaha membuka ruang perniagaan kepada masyarakat dan Alhamdulillah berjalan dengan baik.

“Kali ini kita mahu tingkatkan lagi dalam usaha membuka peluang kepada lebih ramai  peniaga di situ  dan saya akan terus jalankan tanggungjawab dengan pelbagai perancangan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya berkongsi hasrat untuk menyambung semula perancangan sebelum ini berkaitan soal perumahan kepada generasi muda yang tidak mempunyai rumah di kawasan tersebut kerana terbantut setelah BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu.

“Untuk jana ekonomi yang lebih melebar perlu dibuat satu perumahan dan kalau kita dapat kuasai kerajaan negeri kita akan buat satu penempatan perumahan di Pekan Sungai Tong bagi mereka yang tidak ada rumah.

“Semasa saya diberikan amanah sebelum ini, saya telah dapatkan satu peluang daripada PRIMA untk bina satu penempatan di kawasan industri Sungai Bari, perumahan lebih kurang 400 unit rumah tetapi malangnya kita tumbang pada PRU-14 tergendala.

“Jadi gunalah peluang terbaik pada 12 Ogos ini untuk rakyat di DUN Langkap dan Terengganu amnya supaya ada kebersamaan antara kerajaan pusat dan negeri. Kita boleh buat dan jayakan apa yang kita rancang,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.