Rozi Pertaruh ‘Track Record’ Di Telemung, Percaya Rakyat Terengganu Mahukan Perubahan

 

KUALA LUMPUR, 25 Julai – ‘Track Record’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemung dalam pelbagai aspek pembangunan untuk masyarakat setempat menjadi taruhan kepada calon yang diumumkan Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan, Datuk Rozi Mamat bagi meyakinkan pengundi agar membuat pilihan dengan sebaiknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Menurut beliau yang merupakan penyandang bagi DUN terbabit, itu hanyalah sebahagian daripada pelaksanaan yang berhasil dilakukan sebelum kerajaan negeri bertukar tangan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 yang lalu.

Tambah beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu pelbagai kemudahan infrastruktur untuk masyarakat setempat selain soal-soal kebajikan dan kepentingan rakyat dilaksanakan sebaiknya mengikut apa yang dirancang.

“’Track Record’ saya di Telemong… pelbagai perkara telah dilaksanakan termasuklah membawa pusat pengajian tinggi dan juga pembinaan infrastruktur terutama pembinaan lebuhraya pakej lapan ke Telemung yang dalam pembinaan. Stadium Hulu Terengganu kita bawa balik dan mini stadium Kuala Ping pun kita bawa balik. Jadi itu ‘track record-track record’ yang kita buat dan banyak lagi yang kita boleh tonjolkan untuk dinikmati oleh masyarakat setempat.

“Sebenarnya kita di Telemong mempunyai pelbagai perancangan yang sudah lama… walau bagaimana pun terbantut pada tahun 2018 hingga sekarang kita tidak dapat teruskan apa yang kita telah rancang setelah bertukarnya kerajaan yang menerajui negeri.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=269461839004871&id=100078231712094&ref=embed_post

“Saya yakin dan percaya sekiranya diberi mandat semula oleh rakyat Telemong dan keseluruhannya di Terengganu kepada BN, insya-Allah apa yang telah kita janji itu dapat kita teruskan dan bangunkan secara keseluruhan,” katanya kepada UMNO-Online.

Menghuraikan lebih lanjut apa yang dirancang selama ini, Rozi seterusnya menambah pelbagai perkara dirancang untuk manfaat yang cukup besar kepada penduduk terutama dalam soal peluang-peluang ekonomi dan sebagainya.

“Sebagai contoh Tasir Kenyir kita ingin buat pelaburan yang cukup besar untuk menarik para pelancong dan sudah tentu akan memberi peluang pekerjaan yang besar untuk rakyat setempat.

“Begitu juga dengan kawasan-kawasan perumahan yang baharu yang kita telah rancang di Kuala Telemong, Mukim Tersat, insya-Allah jika kita diberi mandat pada kali ini saya penuh yakin dan percaya kita akan dapat laksanakan perncangan tersebut,” ujarnya.

Rozi seterusnya menambah pihaknya cukup yakin jika parti itu yang hari ini bersama-sama di dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), pelbagai perkara dapat dilaksanakan dengan sebaiknya termasuklah segala perancangan yang terbantut selama ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – UMNO Online

Jom ikuti media sosial calon BN bagi DUN Telemong ini:
Facebook: Rozi Mamat
TikTok: rozimamat71


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit