Annuar Musa Bercakap Demi Survival Politik Sendiri – Azhari

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menempelak Tan Sri Annuar Musa ekoran kenyataan dikeluarkan bekas pemimpin UMNO itu.

Beliau menyifatkan ianya sebagai agenda Annuar demi kepentingan sendiri.

“Dahulu beliau cakap sedia jalin kerjasama dengan Dap tetapi kali ini beliau haramkan tangan undi Barisan Nasional (BN) sebab undi BN adalah labur saham kepada Dap.

“Dari sini kita boleh nilai sikap Annuar Musa. Apa yang keluar dari mulut dia adalah untuk kepentingan diri sendiri sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Azhari dalam pada itu berpandangan bahawa bekas Ahli Parlimen Ketereh itu menggunakan Pas dan percaya bahawa ianya tidak akan berkekalan.

“Kini, saya difahamkan dia sudah masuk Pas. Kita biarkan dia sertai Pas. Kita lihat berapa lama dia boleh bertahan dengan Pas dan ahli Pas boleh tahan dengan dia.

“Saya yakin apabila Pas sudah tidak berguna. Dia akan tinggalkan Pas. Dia guna Pas hanya untuk survival politik dia sahaja. Percayalah,” tegas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.