Menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman

PUTRAJAYA, 13 Julai — Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang diwakili oleh Pengurus Besarnya Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diwakili oleh Ketua Pengarah, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani (dua, kiri) bagi kerjasama strategik melalui program pembangunan pertanian dan pembangunan usahawan di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.