Melawat Kawasan Jambatan Bailey

BALING, 4 Julai — Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi penerangan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar (tiga, kiri) Aketika melawat kawasan jambatan bailey selepas menghadiri Majlis Memperingati Genap Setahun Derita Rakyat Iboi (4 Julai 2022-4 Julai 2022) di sini hari ini.
Mahdzir berkata koordinasi membabitkan semua agensi dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amat diperlukan bagi memastikan usaha pembangunan semula di Kampung Iboi dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir aliran puing, dapat diselesaikan segera.
Beliau berkata wakil penduduk memaklumkan bahawa terdapat 32 perkara yang belum diselesaikan di situ selepas tragedi 4 Julai tahun lalu.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.