Perasmian Lingkaran Tengah Utama

RAUB, 24 Jun — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua, kiri) menyempurnakan gimik perasmian Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap pada majlis perasmian seksyen tersebut di sini hari ini.
Jalan LTU Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap sepanjang 16 kilometer dan sebahagian Seksyen 5A (Persimpangan Krau, Raub) sepanjang 600 meter akan mula boleh digunakan bermula jam 12 tengah malam ini.
Dengan pembukaan jalan tersebut, ianya akan memendekkan perjalanan dari Simpang Keruntung ke Simpang Krau dengan jarak perjalanan 18.6 kilometer yang mengambil masa hanya 15 minit sahaja.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.