Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat

PUTRAJAYA 26 Mei–Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri  Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaminkan doa semasa hadir pada Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat yang dianjurkan secara bergilir-gilir oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Turut hadir Pengerusi MARA DAtuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Majlis seperti ini diharapkan dapat terus mempereratkan hubungan, mengikat kasih sayang sesama warga kerja KKDW dan hadir keberkatan di dalam pekerjaan untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik demi rakyat.

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.