Majlis Menandatangani Dokumen Kontrak Memorandum Perjanjian Persefahaman

LANGKAWI, 25 Mei — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan (lima, kanan) menyaksikan majlis menandatangani dokumen kontrak, memorandum perjanjian persefahaman (MoU), surat setuju terima dan surat niat oleh Kementerian Pertahanan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23), hari ini.
Majlis berkenaan turut disaksikan  Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz.
Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 billion telah dimuktamadkan pada majlis itu dengan perincian iaitu 20 Dokumen Kontrak, 21 Surat Setuju Terima dan dua Surat Niat. 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.