Merasmikan Pameran Maritim Dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi

LANGKAWI, 23 Mei — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyaksikan sesi terbang lintas selepas merasmikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) di Tarmac Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi hari ini.
LIMA’23 yang berlangsung selama lima hari sehingga Ahad, disertai lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.