Lawatan Kerja Ke IKM Jasin

JASIN, 18 Mei – Pengerusi MARA merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini berkesempatan, meninjau keadaan di IKM Jasin dan teruja dengan program-program Diploma yang ditawarkan oleh IKM Jasin, seperti teknologi automotif, teknologi kimpalan, kejuruteraan dan pendawaian elektrik. Dimaklumkan graduan-graduan IKM mendapat pendapatan yang lumayan kerana kompetensi yang diiktiraf oleh industri seperti The Welding Institute, United Kingdom, Suruhanjaya Tenaga dan lain-lain.Turut serta Ketua Pemuda UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Jasin , Dr Muhamad Akmal Saleh dan ADUN Rim Datuk Khaidiriah Abu Zahar – Foto: MediaUMNOLawa

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.