Pelancaran Laman Web Rasmi Malaysia-Sulucase.gov.my

PUTRAJAYA, 12 April –Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir (kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (tengah) dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyempurnakan Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Malaysia-Sulucase.gov.my di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Laman sesawang ‘Malaysia-Sulu Case’ itu mengandungi maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan semasa tuntutan Kumpulan Sulu dengan menggunakan lima bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog, Perancis dan Sepanyol hasil usaha Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.