Bazar Ramadan Rahmah

ALOR GAJAH, 9 April — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kanan) melawat gerai jualan makanan dan minuman selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Negeri Melaka di BRR Pekan Masjid Tanah hari ini.
Sebanyak tiga lokasi BRR beroperasi di Melaka yang turut menawarkan Menu Rahmah iaitu di Pekan Masjid Tanah di daerah Alor Gajah, Taman Seri Cempaka di daerah Melaka Tengah dan Bandar Baru Merlimau di daerah Jasin.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.