Tiada Pekeliling Larang MB Kedah Hadir Acara Kerajaan Persekutuan – Ahmad Zahid

MUAR, 30 Mac – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan terdapat surat rasmi atau pekeliling yang melarang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri sebarang acara rasmi kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak pernah mendengar adanya arahan untuk beliau (tidak boleh) menghadiri mana-mana majlis rasmi anjuran kerajaan Persekutuan melainkan jika arahan itu dikeluarkan pada beliau secara peribadi, saya tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, di sini, hari ini, ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri mengenai perkara itu.

Terdahulu, Muhammad Sanusi, menerusi Facebook rasminya mendakwa beliau telah dilarang menghadiri majlis rasmi kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) pada 23 hingga 27 Mei ini.-BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.