Melawat Hospital Medan ATM Di Celikhan

TURKEYE 22 MAC — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Haji Hasan melawat Hospital Medan ATM di Celikhan, wilayah Adiyamas yang teruk di timpa bencana gempa bumi awal Feb lalu.Bencana yang mengorbankan lebih 50 ribu nyawa dan lebih 1.5juta kehilangan tempat tinggal.
Terima kasih kepada seluruh anggota ATM yang telah berkhidmat didalam keadaan cuaca yang amat sejuk semasa mereka sampai. Suhu dibawah -15°c tanpa tempat tinggal yang sempurna.
Kepada semua 110 orang anggota , yang di ketuai oleh Brig Jeneral Dr Amran Hamzah, terdiri dari 14 doktor pakar, doktor wanita 9 orang dan 17 Staff sokongan wanita, syabas dan tahniah diucapkan kerana mengharumkan nama negara Malaysia di negara Republik Turkiye

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.