Majlis Pelepasan (Flag Off) Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam Pasca Banjir

PUTRAJAYA 21 MAC – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Perdana Menteri ,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Majlis Pelepasan (Flag Off) Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam Pasca Banjir ke negeri Johor di Dataran Bulatan Putra Perdana, Putrajaya.Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) membariskan seramai 1,520 penjawat awam daripada seluruh negara mewakili semua Kementerian/ Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan tumpuan bantuan sukarelawan pasca banjir yang dikhususkan ke kawasan-kawasan yang terjejas di sekitar daerah Batu Pahat.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.