Tinjau Projek Pembangunan Kompleks Air Panas Gadek

ALOR GAJAH 20 MAC – Ketua Mentei Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali bersama Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan hadir melihat prestasi pelaksanaan Projek Pembangunan Kompleks Air Panas Gadek, Alor Gajah oleh Perbadanan Melaka (MCORP).
Projek berkonsepkan “Wellness & Spa Resort” ini telah diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) Rolling Plan 4 (RP4) tahun 2020, Jabatan Perdana Menteri dengan nilai kos projek berjumlah RM17,901,100.00.
Kerajaan Negeri yakin dengan pembangunan semula Kompleks Air Panas Gadek ini bakal menjadi satu lagi produk pelancongan berasaskan kesihatan di Negeri Melaka. Ini juga bakal menjadi tarikan menjelang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.