Melawat Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau

KUALA LIPIS 20 MAC – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Pendidikan,  Fadhlina Sidek mengadakan lawatan bagi melihat pengoperasian Sekolah Rintis Model Khas Komprehensif K11 di Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau pada hari ini.
Sekolah ini dinaik taraf daripada K9 kepada K11 telah mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan dimana menerusi penaiktarafan ini sekolah di RPS Betau beroperasi bermula dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 bermula hari ini.Dengan penaiktarafan ini, anak-anak Orang Asli di sekitar kawasan Pos Betau mendapat pendidikan yang sempurna serta mengelak daripada berlakunya keciciran persekolahan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.