Masjid Tuminah Bagan Datuk Hampir Siap, Bakal Dirasmikan Sebelum Bulan Ramadan

BAGAN DATUK, 23 Feb – Kompleks Masjid Tuminah yang menjadi mercu tanda baharu daerah ini dan berkonsepkan masjid terapung sudah hampir siap serta bakal dirasmikan sebelum bulan Ramadan tahun ini.

Setelah tiga tahun kerja-kerja menyiapkan masjid tersebut tertangguh, masjid tersebut akan berfungsi dan menjadi sebagai penggerak aktiviti keagamaan di daerah tersebut.

Masjid ini merupakan masjid terapung ketiga di Perak selepas Masjid Al-Bdr Pulau Pangkor dan Masjid Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar.

Ianya mampu menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya ruang solat utama, klinik Al-Quran, dewan serbaguna dan dataran awam di dalam pekarangan masjid.

Kompleks Masjid Tuminah yang menelan kos hampir RM50 juta itu pernah ditangguhkan pembinaannya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembekuan akaun Yayasan Akalbudi, sebagai sumber dana utama pembinaannya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.