UMNO Rakam Takziah, Ibu Menteri Besar Perak Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad atas kepulangan ke rahmatullah ibu beliau malam tadi.
Dilaporkan, Aminah Mohd Yusuf, meninggal dunia 11.15 malam tadi pada usia 79 tahun akibat sakit tua.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir, Ipoh.

Menurut kenyataan terbabit, jenazah akan dimandi dan dikafankan di kediaman Menteri Besar Perak, pagi ini. Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Kampung Raban, Lenggong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut, kira-kira pukul 11.00 pagi.

Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak termasuk Saarani yang merupakan anak sulung. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.