Pemangku Menteri Luar Sudan Ucap Tahniah Kepada Zambry

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Pemangku Menteri Luar Sudan Ali Al-Sadiq mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas pelantikan beliau sebagai Menteri Luar.

Dalam surat kepada Zambry bertarikh 18 Dis, menteri itu berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Zambry bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala dalam semua bidang.

“Saya gembira mengetahui pelantikan Tuan sebagai Menteri Luar Malaysia. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas pelantikan penting ini,” katanya dalam surat yang disediakan kepada Bernama oleh kedutaan Sudan di Malaysia.

Zambry mengangkat sumpah jawatan pada 3 Dis dan memulakan tugas secara rasmi di Wisma Putra pada 5 Dis. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.